Teluk Marudu

Teluk Marudu

Khamis, 4 Mac 2010

Indahnya Zaman Persekolahan2- Asrama

Tamat darjah 6, saya melangkah ke Tg. 1 di SMK Kota Marudu ( Pekan lama) pada tahun 1977. Bermulalah kehidupan di asrama. Yang istimewanya, asrama kami ada dapur tapi pelajar-pelajarnya perlu masak sendiri. Setiap penghuni asrama dibekalkan sebuah kotak kayu bersaiz 2 1/2' x 3 kaki oleh ibu bapa masing. Periuk kecil,kuali kecil, dapur minyak tanah, pisau, pinggan mangkuk merupakan penghuni tetap kotak kayu tersebut. Bagi budak kampung,menanak nasi bukanlah perkara yang rumit, tetapi apabil sebut lauk-pauk, yang saya tahu hanya tumis kangkung atau kacang panjang saja. Setiap hari saya jeling-jeling kakak-kakak senior meniru cara mereka masak.Alhamdullilah, apapun yang dimasak tetap masuk ke dalam perut. Lima hari di asrama maknanya lima hari lah saya berlaukkan kangkung. Hari Sabtu dan Ahad barulah dapat merasa ikan pabila pulang ke rumah.

2 ulasan:

  1. Salam,

    Waah.. baru ari ni saya tau dulu-dulu kena masak sendiri @ asrama. Kamurang 1st batch asrama SMK KM kah? Dapat dibayangkan budak-budak form 1 'cooking kangkung'.. cummelnya dan kesiaannyaa..

    Teruskan menulis.. best baca nih.

    BalasPadam
  2. Salam. Ada lagi senior kami. Asrama kami dulu di Pekan Lama. Asrama yayasan Sabah di belakang Pejabat Yayasan Sabah. Antara senior kami Kakak Kee Rohaya Kee Abd. Jalil. Asrama di SMK Kota Marudu sekarang ni asrama baru

    BalasPadam