Teluk Marudu

Teluk Marudu

Jumaat, 12 Mac 2010

Indahnya zaman persekolahan- Cili padi dan garam

Petang Jumaat,habis waktu persekolahan, matahari hampir melabuhkan tirai. Saya dan Fadilis Idaron rakan sebilik, stor Pejabat Yayasan Sabah (kami di tempatkan di situ buat sementara kerana asrama penuh)bercadang untuk pulang ke kampung masing-masing. Saya bercadang ke Tandek manakala Fadilis ke Kg Masolog.Malangnya kereta terakhir yang pulang ke kampung kami telahpun bertolak. Terpaksalah kami berpatah balik ke bilik sementara kami.

Sampai di bilik, tanpa berlengah kamipun mula menanak nasi. Sementara menunggu nasi masak Fadilis cadangkan saya tumis sayur. Saya tengok bekalan sayur kami dah kosong. Tiada apa-apa yang boleh dimasak. Hanya garam yang ada. Nak membeli sardin di pekan,duit tak cukup. Duit yang ada hanya cukup untuk tambang pulang sahaja.Fadilis teringat cili padi yang tumbuh di tepi Pejabat Yayasan Sabah. Fadilis bergegas memetik cili yang masih hijau. Malam tu kami makan berlaukkan garam dan cili padi hijau. Kenyang juga akhirnya.

Kata pepatah tiada rotan akarpun berguna.

1 ulasan:

  1. ya betul tiada rotan akar pun berguna.Masa itu cili padi
    kami anggap macam ayam goreng. Kenangan terindah zaman persekolahan. Anak saya bertanya kenapa masa itu tiada
    duit? tak kan bapa tidak bagi? katanya. Sedap jugakah
    dady? dan banyak lagi dia soal. sedap......

    BalasPadam