TEKA-TEKI ?
Daily Express, 09/01/2011
Orang selalu berteka-teki
sekadar menduga akal dan basa-basi
“Sebanyak-banyak tahi,
tahi apa yang sedap sekali ?”
Kepala diperah,digaru berkali-kali
jawapan tidak mudah dicari
berbelas percubaan
sesekali ketawa sendiri
gelihati……
Dan sahabat senyum mengambil hati
mengaku kalah tak mahu mencuba lagi.
“Kalau begitu engkau dapat tahi,
minyak aku gali…..”
Terngiang-ngiang di hati
semudah itu jawapan diberi
sisa minyak kelapa
tidak dapat dimengerti
dan hati tertusuk duri.
Seperti Kaduk,
menang sorak
kampung galang ganti.
Kata Mak Andeh,
“Engkau belum serik lagi ?”
Kaduk termangu sendiri
buta hati.
HANAFIAH MZ
TUARAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan