Tasik Buyut kami terpikat, tempat bercanda melepas rindu, Teluk Marudu nama mu tersemat, tenang di mata damai di kalbu.
Teluk Marudu
Jumaat, 7 Januari 2011
TAJUK : HITACHI
Tidak semena-mena seorang lelaki pertengahan umur meluru ke muka. Dia berdiri betul-betul di hadapan Guru Besar dengan muka masam mencuka dan nafas termengah-mengah.
“ Cikgu tidak adil……, cikgu betul-betul tidak adil….!” Lelaki itu berteriak sambil menuding jarinya ke muka Guru Besar.
“ Anak orang lain dapat. Anak saya kenapa tidak dapat. Mereka miskin, saya juga miskin”. Lelaki itu masih berteriak meluahkan segala yang terbuku di hatinya.
“ Tak dapat apa abang…, cuba jelaskan pada saya…” Suara Guru Besar tenang meminta penjelasan lelaki itu.
“ Ah…..cikgu pura-pura tidak tahu. Sengaja buat tidak tahu. Mentang-mentanglah saya orang miskin, bodoh….cikgu perbodohkan saya lagi. Anak orang lain dapat HITACHI, kenapa anak saya tak dapat” . Dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Mendengar jawapan lelaki separuh umur itu, ibu bapa lain yang turut hadir dalam majlis berpandang-pandangan. Ada yang tersenyum-senyum kecil berbisik sesama sendiri. Ada yang ketawa kecil.
“ Kalau HITACHI memang saya tak mampu bagi pada abang. Sebab mahal harganya. Cuba abang tengok Hitachi di luar sana, mahal tu”, kata Guru Besar sambil melemparkan pandangannya ke tepi jalanraya. Sebuah jengkaut sedang giat mengorek tanah di tepi padang sekolah.
“ Tapi kalau E Kasih , sekejap lagi saya bagi. Saya pasti anak abang layak dapat E kasih”. Tambah Guru Besar dengan yakin.
Serta-merta ketawa ibu bapa yang sama-sama hadir dalam majlis penyerahan bantuan E kasih pecah berderai. Lelaki separuh umur tersipu-sipu malu lalu tersenyum kambing sedar akan kesalahannya sendiri.
Dipendekkan cerita bantuan E kasih turut diterima oleh anak lelaki berkenaan. Namun apa yang menyedihkan kononnya wang bantuan tersebut bukannya digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak berkenaan tetapi habis untuk tujuan-tujuan yang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan