Teluk Marudu

Teluk Marudu

Isnin, 10 Januari 2011

GURINDAM ANAK KERBAU

GURINDAM ANAK KERBAU

Anak kerbau baru lahir
Belum menyusu lidah terjelir.

Anak kerbau berlari-lari
Mengejar indung kasih dicari.

Anak kerbau mati emak
Ke sana-sini ia menguak.

Anak kerbau dalam pagar
Walau terkurung hidupnya segar.

Anak kerbau berkejar-kejar
Mencari makan di padang datar.

Anak kerbau tanduk sejengkal
Menyondol pokok hingga ke pangkal.

Anak kerbau bulunya lebat
Tempat berumah langau dan lalat.

Anak kerbau gemar berlari
Rahang atas tiada gigi.

Anak kerbau mandi lumpur
Dalam kubang ia berhibur.

Anak kerbau tanduknya mekar
Suka bertempur sehingga lapar.

Anak kerbau lapang bahagia
Sawah padi telah dilupa.

Anak kerbau tiada lelah
Tidak perlu membajak sawah.

Anak kerbau riang gembira
Sawah dibajak mesin dan jentera.

Anak kerbau leka berhibur
Di padang ragut rumputnya subur.


HANAFIAH MZ
KOTA MARUDU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan