Teluk Marudu

Teluk Marudu

Sabtu, 11 Februari 2012

TIMBA ILMU SECUKUPNYA



TAJUK : TIMBA ILMU SECUKUPNYA

Tuaran : Pelajar perlu merebut peluang menimba ilmu secukupnya sebagai bekalan hidup menempuh masa hadapan yang lebih mencabar kata Timbalan Pengerusi PIBG SMK Badin, encik Awang Bungsu Awang Matiasin semasa menyampaikan ucapan perasmian sempena Hari Anugerah Cemerlang 2012 SMK Badin di sini kelmarin.

“Dengan prasarana pendidikan yang kondusif, guru-guru yang berkaliber serta ibubapa yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan pendidikan, para pelajar perlu berlumba-lumba mengambil peluang meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing”, kata Awang Bungsu.

Seramai 90 orang pelajar yang menduduki tempat pertama hingga ketiga dari tingkatan satu hingga tingkatan enam menerima anugerah berupa sijil dan trofi yang disampaikan oleh Awang Bungsu.

Turut menerima anugerah ialah pelajar terbaik bagi setiap mata pelajaran.

Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2012 SMK Badin turut disaksikan oleh kira-kira 2000 orang pelajar dan 130 orang gur.

Hanafiah mz

Utusan borneo





12/2/2012
Harian Express 12/2/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan