Teluk Marudu

Teluk Marudu

Sabtu, 25 Februari 2012

SMK TENGHILAN, ZON SULAMAN JUARA MSSD TUARAN 2012






SMK TENGHILAN, ZON SULAMAN JUARA

Kota Kinabalu : SMK Tenghilan muncul juara bagi kategori sekolah menengah manakala Zon Sulaman pula menjuarai kategori sekolah rendah dalam Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah daerah Tuaran yang berlangsung di Stadium Universiti Malaysia Sabah selama tiga hari bertutur-turut.

SMK Tenghilan muncul juara apabila mengutip 18 emas, 15 perak dan 14 gangsa meninggalkan SMK Tamparuli ditempat kedua dan SMK Tun Fuad ditempat ketiga.

Zon Sulaman mengungguli kategori sekolah rendah dengan 7 emas, 3 perak dan 3 gangsa.

Lebih manis, kejayaan SMK Tenghilan turut diserikan dengan kejayaan menggondol gelaran olahragawan lelaki bawah 18 tahun melalui adik Alfredo Udaya. Olahragawati perempuan bawah 18 tahun dimenangi oleh adik Magdalina Marsi dan olahragawan lelaki bawah 15 tahun dimenangi oleh Edro Masidul kedua-duanya dari SMK Tenghilan.

Olahragawati perempuan bawah 15 tahun dimenangi oleh adik Chin Vui Mey dari SMK Badin.

Bagi kategori lelaki bawah 12 tahun, adik Azri Amri Ramli dari Zon Sulaman dinobatkan sebagai olahragawan manakala adik Ernawati Tausi muncul sebagai olahragawati bagi kumpulan umur yang sama.

Sumber : Utusan Borneo. 26.02.2012. Hal: A15

Tiada ulasan:

Catat Ulasan