Teluk Marudu

Teluk Marudu

Sabtu, 14 Januari 2012

PIBG SMK BADIN HASILKAN 200 MEJA



TAJUK : PIBG SUMBANG 200 MEJA MURID

Tuaran : Demi untuk memastikan anak-anak selesa belajar, PIBG SMK Badin sumbang 200 meja dalam bentuk bahan seperti papan lapis,beroti dan papan. Satu gotong-royong melibatkan ibubapa dan guru turut dilaksanakan bagi memastikan meja-meja dapat disiapkan dalam masa yang singkat untuk menampung keperluan sekolah yang mengalami pertambahan bilangan murid pada tahun semasa.

“Meja-meja berkenaan perlu disediakan bagi menampung kepeluan sekolah yang mengalami pertambahan murid pada tahun ini”, kata Timbalan Pengerusi PIBG SMK Badin, Encik Awang Bungsu,kelmarin.

Kos bagi menampung keperluan bahan-bahan berkenaan datangnya dari tabung PIBG dan sumbangan ikhlas ibubapa dan guru, kata beliau lagi.

Awang Bungsu seterusnya menasihati semua murid supaya menghargai pengorbanan ibubapa dan guru yang sanggup memberi sumbangan ikhlas serta bergotong-royong demi memastikan murid-murid selesa belajar.

“Hargailah pengorbanan ibubapa dan guru dengan belajar bersungguh-sungguh dan elakkan diri dari merosakkan meja-meja berkenaan”, kata beliau.

Seramai 30 orang ibubapa dan guru terlibat dalam gotong-royong yang diketuai oleh Awang Bungsu.


Hanafiah MZ

Utusan Borneo, 15/1/2012. Hal.B6
Harian Express, 15/6/2012. Hal.6







Tiada ulasan:

Catat Ulasan