Teluk Marudu

Teluk Marudu

Sabtu, 21 Januari 2012

DIAM



DIAM

Biarkan si betina
riuh sekampung
mencanang untung sebiji
entah menetas
entah terbabas.

Biarkan saja si jantan
berkokok berjela-jela
ke hulu ke hilir
mendabik dada
mencanang egonya.

Kerana esok
belum tentu suria
menerangi cakerawala
entah cerah entah tidak.

Turuti saja resam ubi
diam sepi mekar berisi.

HANAFIAH MZ
SULAMAN

Utusan Borneo
22/01/2012, hal.B6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan