Teluk Marudu

Teluk Marudu

Ahad, 24 Julai 2011

KU LENTUR JUA




KU LENTUR JUA

Ehhh……
cengilnya budak ini
tak mengerti-ngerti
aku kata putih
dia asyik berdalih
menyisih diri

Aku tak akan mengalah
biar degil ku lentur jua
perlahan-lahan
dengan belai sopan
sesekali ku ketuk
akan ku pastikan
hatinya tak berlekuk

Aku tak akan mengalah
biar degil ku lentur jua
ketika masih rebung
sebelum menjadi buluh
akan ku semai etika hidup
dalam alir jantung berdegup

Aku tak akan mengalah
biar degil ku lentur jua.

HANAFIAH MZ
SULAMAN

Daily Express
24/7/2011, hal. 4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan