Teluk Marudu

Teluk Marudu

Sabtu, 23 Oktober 2010

MAHU

MAHU
(New Sabah Times, 24.10.2010. hal.16)

Aku mahu membawa mu
ke dunia ku.

Aku mahu membelai mu
selembut bayu.

Aku mahu memeluk mu
setulus rindu.

Aku mahu mendodoi mu
sebening syahdu.

Aku mahu membuang lesu
di mata mu

Aku mahu membuang sayu
di wajah mu

Aku mahu menyayang mu
ayah ibu.

Aku mahu bersama mu
selalu.


HANAFIAH MZ
TUARAN

2 ulasan:

  1. salam sejahatera,
    kebesaran Allah.
    sekiranya sdr hanafiah pernah belajar di SMK Kota Marudu antara 1976-1980 besar kemungkinan saya pernah mengajar sdr.
    http://catitanalamaya.blogspot.com/2010/10/dunia-disempitkan-oleh-internet.html

    BalasPadam
  2. Salam buat cikgu Zahari. Saya bersekolah di SMK Kota Marudu dari tahun 1977 hingga 1978. Awal 1979 saya berpindah ke SMK Aminuddin Baki KL. Guru kelas kami 1977 cikgu William Angin Gansing. Rasanya cikgu mengajar sidang pagi ketika itu, namun saya kenal cikgu. Tahun 1984 saya menjadi guru sandaran di SMK Kota Marudu. Salam pertemuan semula

    BalasPadam