Teluk Marudu

Teluk Marudu

Isnin, 12 Mac 2012

SMK BADIN CATAT 94.6 PERATUS DALAM STPM 2011

SMK BADIN CATAT 94.6 PERATUS DALAM STPM 2011

TUARAN : SMK Badin mencatat 94.6 peratus dalam peperiksaan STPM tahun 2011 berbanding 80.91 peratus pada tahun 2010. Peingkatan sebanyak 13.69 peratus turut diserikan dengan pencapaian PNGK 2.47 berbanding tahun sebelumnya hanya 2.02. Demikian diumumkan oleh Pengetua SMK Badin, Pn. Lim Lai Hong dalam satu majlis khas penyampaian slip keputusan STPM di sini kelmarin.

Seramai 22 orang calon berjaya mencapai Gred Purata 3.00 ke atas dengan Norainie Joe mencatat pencapaian tertinggi dengan memperolehi GP 3.83. Tempat kedua disandang oleh Mohd. Rafizi Dalin yang mencatatkan GP 3.75.

Turut mencatat pencapaian cemerlang ialah Ernie GP 3.58 dan Norliyana GP 3.50. Empat orang mencatat GP 3.42 terdiri dari Arnold, Mohd.Azwan, Mohd.Helmi dan Evelyn.

Siti Zaharah Maulah dan Normahani pula mencatat GP 3.34, manakala Amie Gabra, Marlina dan Norziah memperolehi GP 3.33 di samping Adine yang turut mencatat pencapaian GP 3.25 serta Faridah dengan GP 3.17.

Pelajar lain, Norsanita dan Norasyikin Abd. Karim memperolehi GP 3.09 manakala Nurul Sabrina Ghazali pula berjaya mencatat GP 3.08. Josephstanis Gabriel Goh, Siti Maswin dan Derwin pula melakar pencapaian GP 3.00.

Sambil menyifatkan pencapaian SMK Badin dalam peperiksaan STPM 2011 sebagai suatu yang memberangsangkan, Pengetua SMK Badin, Lim Lai Hong menyeru semua pelajar agar mencontohi kecemerlangan pelajar-pelajar Pra Universiti 2011 berkenaan untuk mencapai tahap pendidikan terpuji dan unggul demi untuk bangsa dan negara Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan