Teluk Marudu

Teluk Marudu

Jumaat, 23 Mac 2012

SMK BADIN CATAT 97.5 PERATUS SPM 2011


TAJUK : SMK BADIN CATAT 97.5 PERATUS SPM 2011

Tuaran: SMK Badin mencatat keputusan 97.5 peratus dalam SPM 2011 meningkat sebanyak 3.10 peratus berbanding 94.4 peratus tahun sebelumnya. Peningkatan peratus kelulusan ini turut diiringi oleh peningkatan gred purata sekolah sebanyak 0.23 mata menjadi 6.06 berbanding 6.29 tahun sebelumnya, demikian kata Pengetua SMK Badin Puan Lim Lai Hong di sini kelmarin.

Pelajar mendapat bernama Wan Nur Suhaida Wan Mahadi berjaya memperoleh 9A. Tiga orang mendapat 7A yang terdiri dari Muhammad Rezwan Rahman, Nur Faizurah Abd. Karim dan Nur Rohateqah Roslan. Mohd. Hajshaari Midin dan Moilin Mopinpin pula mendapat 6A,2B,2C.

Dua orang mendapat 5A yang terdiri dari Subaida Mohd. Suraji dan Nurfarahin Aldin.

Dua mata pelajaran yang mencatat pencapaian 100 peratus iaitu Kesusasteraan Melayu dan Biologi. Sebelas mata pelajaran lain mencatat peningkatan antara 0.8 hingga 28.7 peratus.

Daily Express. 23.3.2012/24.3.2012

Isnin, 12 Mac 2012

SMK BADIN CATAT 94.6 PERATUS DALAM STPM 2011

SMK BADIN CATAT 94.6 PERATUS DALAM STPM 2011

TUARAN : SMK Badin mencatat 94.6 peratus dalam peperiksaan STPM tahun 2011 berbanding 80.91 peratus pada tahun 2010. Peingkatan sebanyak 13.69 peratus turut diserikan dengan pencapaian PNGK 2.47 berbanding tahun sebelumnya hanya 2.02. Demikian diumumkan oleh Pengetua SMK Badin, Pn. Lim Lai Hong dalam satu majlis khas penyampaian slip keputusan STPM di sini kelmarin.

Seramai 22 orang calon berjaya mencapai Gred Purata 3.00 ke atas dengan Norainie Joe mencatat pencapaian tertinggi dengan memperolehi GP 3.83. Tempat kedua disandang oleh Mohd. Rafizi Dalin yang mencatatkan GP 3.75.

Turut mencatat pencapaian cemerlang ialah Ernie GP 3.58 dan Norliyana GP 3.50. Empat orang mencatat GP 3.42 terdiri dari Arnold, Mohd.Azwan, Mohd.Helmi dan Evelyn.

Siti Zaharah Maulah dan Normahani pula mencatat GP 3.34, manakala Amie Gabra, Marlina dan Norziah memperolehi GP 3.33 di samping Adine yang turut mencatat pencapaian GP 3.25 serta Faridah dengan GP 3.17.

Pelajar lain, Norsanita dan Norasyikin Abd. Karim memperolehi GP 3.09 manakala Nurul Sabrina Ghazali pula berjaya mencatat GP 3.08. Josephstanis Gabriel Goh, Siti Maswin dan Derwin pula melakar pencapaian GP 3.00.

Sambil menyifatkan pencapaian SMK Badin dalam peperiksaan STPM 2011 sebagai suatu yang memberangsangkan, Pengetua SMK Badin, Lim Lai Hong menyeru semua pelajar agar mencontohi kecemerlangan pelajar-pelajar Pra Universiti 2011 berkenaan untuk mencapai tahap pendidikan terpuji dan unggul demi untuk bangsa dan negara Malaysia.