KURSUS HOT POTATOES UNTUK GURU
Tarikh : 09 Okt 2012
Masa : 08.00 - 2.00
Tempat : TSL, SMK Badin
Tasik Buyut kami terpikat, tempat bercanda melepas rindu, Teluk Marudu nama mu tersemat, tenang di mata damai di kalbu.
Teluk Marudu
Selasa, 9 Oktober 2012
Ahad, 19 Ogos 2012
SAMBUTAN ULANGTAHUN SMK BADIN KE 36,BULAN MERDEKA
SMK BADIN RAI ULANGTAHUN KE 36, BULAN MERDEKA
Tuaran : Majlis sambutan ulang tahun penubuhan SMK Badin kali ke 36 dan Sambutan Perasmian Bulan Kemerdekaan disambut sederhana tetapi meriah di perkarangan medan perhimpunan SMK Badin, di sini kelmarin.
Menurut Pengetua SMK Badin, Lim Lai Hong , penganjuran majlis seumpama ini dapat mengimbau jerih perih perjuangan anak-anak SMK Badin menggapai kecemerlangan dalam pendidikan yang dulunya dikenali sebagai Government Junior Secondary School Tuaran (GJSS Tuaran).
Government Junior Secondary School Tuaran yang ditubuhkan pada tahun 1967 pada mulanya menumpang di bangunan SRK Pekan Tuaran. Menjelang tahun 1973 bangunan SRJK Chen Sin dipinjamkan untuk menempatkan pelajar-pelajar tingkatan satu dan kelas peralihan.
Pada tahun 1974 bangunan tetap SMK Badin siap dibina yang terdiri dari dua blok asrama dan tiga blok bangunan bilik darjah.
Pada tahun 1976, nama GSJJ Tuaran atau SMK Tuaran kemudiannya ditukar menjadi SMK Badin bagi mengenang jasa OKK Badin bin Bendara, Ketua Daerah Tuaran pada era sebelum kemerdekaan.
“Selain mengetahui sejarah perkembangan sekolah, aktiviti seumpama ini dapat mewujudkan rasa kecintaan terhadap sekolah serta dapat memupuk semangat nasionalisma apatah lagi apabila laksanakan bersama sambutan bulan kemerdekaan 2012”, tambah Lim.
Beberapa program yang dilaksanakan menceriakan lagi dwi sambutan ini antaranya persembahan Sketsa Pendidikan Dulu dan Sekarang dan Persembahan koir Satu Malaysia oleh pelajar-pelajar Pra U. Paluan Kompang Formasi oleh Pasukan Kompang Asrama SMK Badin, deklamasi sajak serta persembahan pidato oleh adik Ain Fatteni Rusli dan tayangan video berkaitan SMK Badin.
Terdahulu dalam majlis yang sama Pengerusi PIBG, Haji Noorzain Hj. Tawi menyeru semua pelajar supaya mengambil peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam dunia pendidikan yang terbuka luas.
Majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi PIBG sekolah berkenaan , Tuan Haji Noorzain Hj. Tawi turut dihadiri oleh ahli Alumni GSJJ Tuaran. Hadir sama Timbalan Pengerusi PIBG 1 Awang Bungsu Awang Matiasin dan Timbalan Penegrusi PIBG 2 Richard Daim serta ahli jawatan kuasa.
Seramai 1700 orang pelajar turut menyaksikan perlaksanaan program berkenaan.
Daily Express , 19 Ogos 2012
Utusan Borneo 23/8/2012
Selasa, 3 Julai 2012
2000 KUNJUNGI KARNIVAL BADIN
2000 KUNJUNGI KARNIVAL BADIN 2012
Tuaran : Siri kedua Karnival Kerjaya, Kokurikulum dan Tamu Badin mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar, guru serta ibubapa sekitar daerah Tuaran yang berlangsung selama sehari di sini kelmarin.
Penganjuran Karnival Kerjaya, Kokurikulum dan Tamu Badin merupakan medan untuk pelajar mendapat maklumat berkaitan laluan kerjaya yang mereka minati, kata Pengetua SMK Badin, Puan Lim Lai Hong.
Sebanyak empat agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Institut Kemahiran Mara, Jabatan Tenaga Rakyat serta Inti Kolej mengambil bahagian dalam pameran kerjaya selama sehari bertempat di ruang legar Dewan Seri Andalas SMK Badin.
Selain pameran kerjaya dari institusi terpilih, program ini juga menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar menghayati serta mengalami sendiri amalan serta proses dalam dunia perniagaan melalui penyertaan mereka dalam aktiviti Tamu Badin.
Sebanyak 56 gerai jualan dengan beraneka macam makanan dan minuman dibuka kepada pengunjung. Beberapa galeri permainan turut menjalankan perniagaan masing-masing.
Seramai 2000 orang mengunjungi karnival berkenaan.
Daily Express 01/07/2012
Selasa, 8 Mei 2012
JUARA KOMPANG
BERI RUANG KEPADA PELAJAR UNTUK KEMBANG BAKAT
Tuaran : Beri ruang secukupnya kepada pelajar untuk mengembangkan bakat masing-masing kata Encik Yahya Mustafa,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Badin, semasa menyampaikan ucapan dalam majlis penutupan pertandingan kompang antara sekolah-sekolah daerah Tuaran di Dataran Perhimpunan SMK Badin di sini kelmarin.
Melalui penyertaan pelajar dalam pelbagai pertandingan khususnya pertandingan paluan kompang formasi bukan sahaja dapat mengisi masa lapang pelajar-pelajar berkenaan malahan dapat pula mencungkil serta mengembangkan bakat pelajar-pelajar berkenaan dalam seni budaya tradisional, tegas beliau lagi.
Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di daerah Tuaran menampilkan SMK Badin dan SMK Tenghilan bagi kategori sekolah menengah . Sekolah rendah diwakili oleh SK Mengkabong, SK Tambalang dan SK Baru-Baru.
SMK Badin muncul sebagai johan bagi kategori sekolah menengah. Tempat kedua dimenangi oleh SMK Tenghilan.
SK Baru-Baru memenangi tempat pertama kategori sekolah rendah. Tempat kedua dimenangi oleh SK Tambalang manakala SK Mengkabong menduduki tempat ketiga.
Daily Express. 8 Mei 2012. Hal.9

Ahad, 29 April 2012
ATASI MASALAH PEMANASAN GLOBAL BERSUNGGUH-SUNGGUH

Tuaran: Ahli Pandu Puteri diseru sentiasa berusaha dan menunjukkan komitmen tinggi dalam menangani pelbagai masalah antaranya seperti masalah pemanasan global.
Demikian kata Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Puan Normah Datuk Jaafar ketika merasmikan program “Thinking Day” anjuran Persatuan Pandu Puteri Daerah Tuaran di perkarangan medan perhimpunan SMK Badin pada Sabtu.
“Selaras dengan tema program “Save Our Earth”, seseorang ahli Pandu Puteri boleh melakukan pelbagai perkara untuk merealisasikan saranan berkenaan antaranya dengan tidak membuang barangan plastik di merata tempat serta menggunakan aerosol secara berlebihan”, kata beliau lagi.
Beliau juga menyeru guru-guru penasihat Pandu Puteri supaya terus meningkatkan kemahiran seterusnya menduduki ujian untuk menjadi jurulatih bertauliah.
Beliau turut menanam pokok tanda sokongan terhadap langkah mengatasi masalah pemanasan global kemudian melawat gerai-gerai pameran yang dikelolakan oleh Pandu Puteri SMK Badin.
Seramai 100 orang ahli Pandu Puteri dari sekolah menengah dan sekolah rendah daerah Tuaran hadir dalam acara tahunan persatuan berkenaan. Turut hadir Penolong Pesuruhjaya Pandu Puteri daerah Tuaran, Puan Jeanny Ghani.
Utusan Borneo, 29.4.2012 Hal.B13
Sabtu, 28 April 2012
INOVASI DALAM PENGAJARAN LAHIR PELAJAR CEMERLANG

Tuaran : Inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dapat menzahirkan idea kreatif dalam kalangan guru malah mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik.
Demikian kata Penolong Kanan I, SMK Badin, Puan Farizaini Nordin semasa menyampaikan ucapan sempena Karnival Pendidikan Gabungan Kelab dan Persatuan Akademik 2012, di sini kelmarin.
Sebanyak enam bidang utama dan dua jabatan lain bersama 32 panitia mata pelajaran mengambil bahagian dalam pameran sehari di medan perhimpunan sekolah berkenaan.
Antara yang terlibat ialah Bidang Bahasa, Sains Matematik, Kemanusiaan, Vokasional, Pendidikan Tingkatan Enam serta Pendidikan Khas mempamerkan bahan inovasi dan kajian tindakan yang dihasilkan oleh guru-guru sekolah berkenaan.
Utusan Borneo. 28.4.2012. Hal. B7

Jumaat, 27 April 2012
PDRM,JABATAN PELAJARAN BEKERJASAMA BENTUK MODAL INSAN
Kota Belud: Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pelajaran Sabah saling bekerjasama membentuk modal insan dengan menggiatkan hubungan, saling berinteraksi, bersama menanamkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan anggota kadet polis supaya menjadi ‘role model’ kepada masyarakat khususnya remaja.
Demikian kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamzah Taib ketika merasmikan majlis penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat negeri Sabah di Padang SK Tambulion, Kota Belud kelmarin.
Beliau turut menyeru semua anggota Kor Kadet Polis supaya menjadi mata dan telinga PDRM dalam membanteras jenayah dengan menyalurkan maklumat melalui Rakan Cop atau melalui pegawai atau anggota PDRM di daerah masing-masing.
Seramai 275 anggota Kor kadet Polis dari enam zon terlibat dalam perkhemahan tahunan peringkat negeri Sabah pasukan berkenaan.
Zon Barat yang menggabungkan Tuaran, Ranau, Penampang dan Kota Kinabalu muncul sebagai johan keseluruhan dengan memenangi acara menembak , ronda pandu arah, mara lasak dan acara kebudayaan bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.
Sarjan Kadet terbaik dimenangi oleh Sarjan Kadet Mahrup Nurjimar dari SMK Badin, Tuaran. Kategori wanita dimenangi oleh Sarjan Kadet Suhana Fung dari SM Stella Maris, Kota Kinabalu. Kedua-duanya mewakili zon Barat. Acara kawad kaki lelaki dimenangi oleh pasukan zon Sandakan manakala zon memenangi acara kawad kaki perempuan.
Hadir sama Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Hj. Yusin, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Sabah, SAC II Datuk Syed Ahmad Syed Hassan,Ketua Polis Daerah Kota Belud DSP Mohan A/L. Nadesan serta Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud Abd. Bakhrin Mohd. Yusof
Utusan Borneo. 28.4.2012. Hal.B6

Sabtu, 21 April 2012
32 PELAJAR CEMERLANG TERIMA SIJIL
TAJUK: 32 PELAJAR CEMERLANG TERIMA SIJIL
Tuaran : Seramai 32 orang pelajar cemerlang menerima sijil penghargaan dalam satu majlis khas yang diberi nama Majlis Anugerah Kinabalu bagi menghargai pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan PMR,SPM,STPM 2011 di Dataran Perhimpunan SMK Badin, di sini kelmarin.
Penerima sijil penghargaan terdiri dari calon PMR Masniati Mustafa (9A), Awangku Muiz Ag Mumin (8A), Nur Idayu Aldin (8A), Shahidah Masri (8A), Maryam Sarkauvi (8A), Wendy Chong May Shia (8A), Muhammad Nizam Nasip (8A), Mohd. Faiz Saibol (8A) dan Florisca Aldina Godulus (7A) serta 19 yang lain.
Penerima anugerah bagi calon SPM 2011 terdiri dari Wan Nur Suhaida Wan Mahadi (9A), Mohd. Rezwan Rahman (7A,3B), Mohd. Hadshaari (6A,2B), Nur Faizurah dan Nur Rohateqah (7A,1B,1C), Nurfarahin (5A,1B,1C), Subaida (5A, 3C).
Seorang pelajar pendidikan khas masalah penglihatan Mailin Mopinpin (6A,1C,1D) turut menerima anugerah yang sama.
Calon STPM 2011 yang menerima sijil penghargaan ialah Norainey Joe (3.83), Mohd Rafizey Dalin (3.75), Erni Eliza Yunos (3.58) dan Noorliyana Jaapar (3.50).
Terdahulu dalam majlis yang sama, yang YDP PIBG SMK Badin, Haji Norzain Hj Tawi semasa menyampaikan ucapan mengingatkan pelajar supaya sentiasa mengenang jasa yang dicurahkan oleh ibubapa serta guru-guru yang bertungkus-lumus memastikan anak-anak atau anak didik mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam pendidikan.
Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah, Puan Tah Nia Hj Jaman, Pengetua SMK Badin Puan Lim Lai Hong, Timbalan YDP PIBG Awang Bungsu Ag Matiasin, guru-guru serta ibubapa pelajar yang diraikan.
Sumber : Daily Express (BM), 21/4/2012. Hal.6
Isnin, 16 April 2012
PERKHEMAHAN PENGAWAS
PERKHEMAHAN PENGAWAS
Seramai 72 orang pengawas sekolah SMK Badin menyertai perkhemahan pengawas yang adakan di Padang SMK Badin. Program tiga hari anjuran bersama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling itu bertujuan membentuk pengawas yang berilmu serta berkeyakinan tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai pengawas sekolah.
Pengetuanya ketika berucap dalam majlis penutupan perkhemahan itu pada Sabtu berkata, menguasai kemahiran komunikasi, mahir dalam penyelesaian masalah, bekerja berpasukan, minat pada tanggung jawab yang diberi serta disiplin kendiri yang tinggi antara aspek yang mampu membantu seseorang pemimpin seperti pengawas sekolah menjalankan tugas dengan berkesan.
Turut hadir Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Noryusni Mohd. Yusop, Penolong Kanan Petang, Encik Malik Bin, serta guru-guru disiplin dan guru-guru kaunseling sekolah berkenaan.
Harian Express 16/4/2012. Hal.6

Isnin, 9 April 2012
SAMBUTAN HARI KOR KADET POLIS DAERAH TUARAN 2012
TAJUK : PENYERTAAN PELAJAR DALAM KOR KADET POLIS MENINGKAT
Tuaran, 08 April: Kor Kadet Polis semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar dengan keanggotaan mencecah 170 ribu orang di seluruh negara ketika ini kata Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Zaharuddin Rasip semasa menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Kor Kadet Polis kali ke-42 peringkat Daerah Tuaran di sini kelmarin.
Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum seperti Kor Kadet Polis bukan sahaja dapat mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap penularan fenomena sosial dalam kalangan remaja masa kini malah turut membantu pihak polis mencapai sasaran dalam mengurangkan jenayah jalanan seperti yang dihasratkan oleh kerajaan, kata beliau.
“Penyertaan yang begitu ramai membuktikan betapa pelajar-pelajar berminat dengan organisasi kepolisian yang sememangnya terkenal dengan tahap disiplin yang tinggi dalam menguatkuasakan undang-undang negara”, tambah beliau lagi.
Ketegasan dan tahap disiplin yang tinggi membolehkan PDRM mencapai sasaran dalam mengurangkan jenayah jalanan di negara ini seperti yang dinyatakan dalam laporan kajian oleh The World of Justice yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 negara paling selamat di dunia mengatasi Amerika, tempat pertama di Asia Tenggara dan tempat kedua di Asia. Pencapaian ini membolehkan Malaysia mendapat kepercayaan pelabur dengan menerima sebanyak RM 33 bilion pelaburan dari pelabur luar, jelas beliau.
Zaharudin turut mengingatkan anggota kadet agar terus mengekalkan tahap disiplin yang tinggi kerana mereka adalah sebahagian daripada keluarga PDRM serta boleh memainkan peranan sebagai mata dan telinga PDRM dengan penyaluran maklumat berguna dalam memerangi jenayah yang berlaku di persekitaran mereka.
Seramai 500 orang anggota kadet polis dari lapan buah sekolah menengah di daerah Tuaran terlibat dalam perhimpunan khas sempena sambutan hari ulang tahun badan beruniform berkenaan. Turut hadir pegawai-pegawai kanan PDRM , pegawai kanan Kor Kadet Polis, wakil Pegawai Pelajaran Daerah serta wakil Pengetua dari sekolah-sekolah menengah daerah Tuaran.
Daily Express, 10 April, pg.05
Utusan Borneo, 12 April 2012

Langgan:
Catatan (Atom)