Teluk Marudu

Teluk Marudu

Sabtu, 3 September 2011

TANAH PUSAKA

TANAH PUSAKA

Tanah pusaka
hadiah dari leluhur
melaut saujana pandang
harum mewangi suara bahagia
cinta semerbak subur
berdendang senyum girang.

Tanah pusaka
tanah subur buat bangsa
pernah menjadi sangkar sangsara
kita dihambat dinista
kita dihina , dicerca
daulat dicabul, disita
sejarah derita, cerita duka
kisah lara buat bangsa.

Tanah pusaka
pelbagai budaya menjadi warna
hitam,putih,kuning langsat bukan pemisah
tiang harmoni jati diri berdiri megah
pasak perpaduan, setiakawan tercacak indah
persahabatan, persaudaraan pengikat setia
kita satu aspirasi, satu agenda
cinta tanah pusaka, tanah merdeka.

HANAFIAH MZ
SULAMAN
02 OGOS 2011


Daily Express
4/9/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan