Teluk Marudu

Teluk Marudu

Sabtu, 25 Februari 2012

KADET POLIS SMK BADIN JUARA







TAJUK : KADET POLIS SMK BADIN JUARA

Kota Kinabalu: Pasukan Kor Kadet Polis SMK Badin muncul juara perbarisan kategori unit uniform sempena kejohanan sukan MSSD Tuaran kali ke 44 yang berlangsung di Stadium Universiti Malaysia Sabah, di sini kelmarin.

Pasukan dengan kekuatan 36 anggota mempamerkan kemantapan pergerakan mengatasi pesaing terdekat pasukan St. John Ambulans dari SMK Tun Fuad ditempat kedua. Pasukan Kadet Bomba dari SMK Sri Nangka muncul pemenang ketiga.

Bagi kategori kontinjen perbarisan sekolah menengah, tempat pertama dimenangi oleh SMK Telipok. Tempat kedua dimenangi oleh SMK St.John manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Sungai Damit.

Zon Mengkabong mengungguli pertandingan perbarisan kategori sekolah rendah. Tempat kedua dimenangi oleh Zon Sulaman manakala Zon Kiulu menjadi pemenang tempat ketiga.


Sumber : Utusan Borneo. 26.02.2012. Hal. A15

SMK TENGHILAN, ZON SULAMAN JUARA MSSD TUARAN 2012






SMK TENGHILAN, ZON SULAMAN JUARA

Kota Kinabalu : SMK Tenghilan muncul juara bagi kategori sekolah menengah manakala Zon Sulaman pula menjuarai kategori sekolah rendah dalam Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah daerah Tuaran yang berlangsung di Stadium Universiti Malaysia Sabah selama tiga hari bertutur-turut.

SMK Tenghilan muncul juara apabila mengutip 18 emas, 15 perak dan 14 gangsa meninggalkan SMK Tamparuli ditempat kedua dan SMK Tun Fuad ditempat ketiga.

Zon Sulaman mengungguli kategori sekolah rendah dengan 7 emas, 3 perak dan 3 gangsa.

Lebih manis, kejayaan SMK Tenghilan turut diserikan dengan kejayaan menggondol gelaran olahragawan lelaki bawah 18 tahun melalui adik Alfredo Udaya. Olahragawati perempuan bawah 18 tahun dimenangi oleh adik Magdalina Marsi dan olahragawan lelaki bawah 15 tahun dimenangi oleh Edro Masidul kedua-duanya dari SMK Tenghilan.

Olahragawati perempuan bawah 15 tahun dimenangi oleh adik Chin Vui Mey dari SMK Badin.

Bagi kategori lelaki bawah 12 tahun, adik Azri Amri Ramli dari Zon Sulaman dinobatkan sebagai olahragawan manakala adik Ernawati Tausi muncul sebagai olahragawati bagi kumpulan umur yang sama.

Sumber : Utusan Borneo. 26.02.2012. Hal: A15

Sabtu, 11 Februari 2012

TIMBA ILMU SECUKUPNYA



TAJUK : TIMBA ILMU SECUKUPNYA

Tuaran : Pelajar perlu merebut peluang menimba ilmu secukupnya sebagai bekalan hidup menempuh masa hadapan yang lebih mencabar kata Timbalan Pengerusi PIBG SMK Badin, encik Awang Bungsu Awang Matiasin semasa menyampaikan ucapan perasmian sempena Hari Anugerah Cemerlang 2012 SMK Badin di sini kelmarin.

“Dengan prasarana pendidikan yang kondusif, guru-guru yang berkaliber serta ibubapa yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan pendidikan, para pelajar perlu berlumba-lumba mengambil peluang meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing”, kata Awang Bungsu.

Seramai 90 orang pelajar yang menduduki tempat pertama hingga ketiga dari tingkatan satu hingga tingkatan enam menerima anugerah berupa sijil dan trofi yang disampaikan oleh Awang Bungsu.

Turut menerima anugerah ialah pelajar terbaik bagi setiap mata pelajaran.

Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2012 SMK Badin turut disaksikan oleh kira-kira 2000 orang pelajar dan 130 orang gur.

Hanafiah mz

Utusan borneo





12/2/2012
Harian Express 12/2/2012